Sunday, May 1, 2011

Baru Saja Bermula

Sweet Coffee. Sememangnya satu ungkapan yang agak pelik tetapi comel. Ya, comel kerana ada perkataan ' Sweet ' di hadapannya. ' Coffee ' tidak comel ? Comel juga sekiranya disediakan dalam cawan yang comel. Sweet itu manis. Coffee pula kopi. Sekiranya digabung bersama terciptalah Manis Kopi atau pun Kopi yang Manis dan sebagainya yang berkaitan dengan perkataan itu.


Kopi itu pahit. Tetapi, kenapa pula ada manis ? Apa kaitan kopi dengan sesuatu yang manis ? Ya, kopi itu sememangnya pahit. Adakalanya semakin pahit semakin menjadi pilihan ramai. Kopi manis juga menjadi pilihan ramai, malah lebih ramai daripada pilihan kopi pahit. Tidak semua kopi itu pahit bukan? Diletakkan sedikit gula untuk disebatikan dalam kopi itu. Begitu juga kehidupan, tidak semua kehidupan itu harus pahit saja jalan ceritanya. Kadang-kala timbul kemanisan dalam kehidupan. Biarpun sedikit, ia tetap manis.


Bila kopi itu masih panas sudah tentu sedap diminum. Jangan dibiarkan sejuk, nanti tak sedap pula. Hidup juga seperti itu. Suhu kopi ibarat masa. Jangan biarkan masa itu berlalu tidak ter'sentuh' begitu saja. Kosong tanpa ada yang memaniskannya. Bila kosong, tidak ada makna kehidupan. Tanpa derita, tanpa bahagia. Apalah maknanya !



Perjalanan hidup umpama perjuangan. Terus hidup walau apa yang berlaku kerana di sebalik perjalanan itu ada yang melindungi & yang memerhati kita. Terus bangun walau terjatuh, kerana di sebalik kejatuhan itu ada pengajaran yang bernilai dijadikan pedoman hidup.


Baru saja bermula...