Friday, July 13, 2012

Tudung Obama ( for sale )

Hello readers! I'm helping my mother for her bussiness. She's selling this tudung, if anyone interested you can mention me at Twitter; @natalyaalyla. And I will reply ASAP. Tawar-menawar adalah dibenarkan :)

Tudung Bawal Berconrak / Tudung Obama
Price; RM8 each
Type; Soft-cotton










SOLD

SOLD



Anyone? DM me. Hew Hew Hewww :3

Monday, June 11, 2012

Love

Assalamualaikum readers.


Okay cuti sekolah 2 minggu dah habis, so sesapa yang masih belajar tu sekarang ni tengah bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah yg berlambak tak terhingga tu. Actually, aku pun ada tapi mcm malas pula sekarang mau buat. Hahahahah, Ya Allah SPM ada 4 bulan saja lagi tapi aku masih berfoya-foya blogging. Hmph, teruknya perangai. Takpe lepas ni aku buat kerja sekolah yerr.


" Hai ! Rindunya lama tak jumpa! "
" Cuti pergi mana? Best tak? "
" Kerja rumah awak dah siap ke belom? "
" Samalah, aku pun belum siap lagi ni. Bah, sama-sama lah kita ni. Hahaha. "


Okay inilah ayat yang common sekali diucapkan oleh student-student Malaysia lepas saja bercuti panjang mahupun pendek. Sabtu Ahada tak ikut, dorang memang cuti. Tapi selalunya, pelajar akan balas balik dengan, " Boringlah holiday, takda buat apa ". Tapi sebenarnya malas sangat dah nak buat homework. Weh apa ini? Bilang boring, teda buat apa. Tapi nda juga mau buat homework? Sama la baitu mcm aku. Hahahaha entah kenapa sungguh berat rasanya nak buat homework. Ih kamu ini.



Masa kat sekolah, normal. Tiada yang tak normal. Biasalah bising like always. Terus tadi sepatutnya kami perempuan pergi PJ, tapi Cikgu S tak ada so kami buat hal masing-masing. Yang lelaki pun actually tak payah PJ sebab Cikgu P tak ada jugak, tapi entah napa berani betul dorang main futsal. Begitu barulah. So, Husni minta tolong aku pegang iPad dia, tapi ini yang aku buat dengan Zarith Aiesha.




This is freak. The red shirt is Hammada Bammadhaj.

This one is my FAVOURITE. Love the sparkles and pixie dusts.


After that, aku, Onell dengan Amirul main game pula di iPad dia, hahahaha ketawa terus kami main game tarik-tarik tisu tu. Haih, siok gila ba. Kesukaan aku main tu benda dengan dorang. Hahahahaha. And then kan the best picture is this. Kami ambil ramai-ramai dalam kelas.




Gambar ini sangat lah bermakna. See how we study, hahahaha still main lagi kan mcm childish. Ndapa laba, the best pic ever. Maybe tidak lawa dan jadi sangatlah bentuk dia, tapi apa-apa pun...



THIS IS LOVE...

Thursday, June 7, 2012

Cuti.

Assalamualaikum readers.


Okay seperti yang kita tahu, semua pelajar tengah seronok sekarang. Sebab dapat cuti dua minggu. Tipulah takda rasa seronok biar sikit pun. Tipu jerr tu kalau cakap, " Hm, tak happylah cuti ni ". Serius itu tipu. Mesti ada jugak yang buat korang happy tu. Contohnya, biarpun tengah boring, on tv gelak-gelak sorang tu happy lah tu. Ceh, saya pun student jugak. Tak payahhhhhhhh tipu. Eh.


Okay, saya happy sebab dapat cuti. Rehat dari segala masalah kat sekolah. Rehat dari turun naik tangga, berlari sana sini. Rehat dari tengok muka kengkawan, hahahaha joke. Yang happy dapatlah jugak sekali-sekala bangun lewat. Atau bangun pada masa yang bukan ditetapkan alarm. Hahahaha.



Yang tidak happynya, saya sangatlah bosan masa cuti ni. Emph iya sangat bosan. Tak nak pun pergi vacation tapi entah bosan habis. Homework menambahkan bosan plus plus plus. Alah, bukan nak malas ( erm, mmg malas pon ) tapi nak hilangkan kerisauan kalau homework tak siap. Okay so sekarang aku tengah panik. Beberapa hari lagi dah nak bukak sekolah. Baru nak kelam-kabut itu ini. Masya-Allah. Kuatnya ujianMu, ya Allah.


Cakap banyak homework tapi masih nak gedik duduk depan lappy post kat blog. Hahahah suka-sukaaaaa lah. Syaithan, tolong jangan kacau aku sebelum aku baca ayat yang boleh bakar kau okey? Nak? Tanak? Tau takut. Pegi, shuuh shuuuuuhhh! Harap sangat dapat siapkan kerja rumah. Itu yang penting.



Alah, cerita saya tak menariklah kali ni. Maaf, belum ada idea lagi laaah. Takda ilham. Sorry yerr. Eh, btw kat Twitter skrg Twitfamous @FaizRangerz tu RT tweet aku. HUURAAAYYY aku sangat teruja. Megatron Malaysiaaa! Dia hensem :3 hahahakbaii.



# Bila lah dpt jumpa Yuna :(

Wednesday, June 6, 2012

Good to be back.

Assalamualaikum, hello readers.


Sorry yes sangat sorry sebab saya dah lama tak update blog ni. Blog ni masih baru sebenarnya. Cuma malas sibuk nak update. Hahahahaha okay mari berterus terang. Saya malas dan sentiasa sibuk dengan masa sekarang. Sebab saya tengah nak ambil exam besar. Jadi kena dan wajib sibuk.


Hahahaha okay saya dah mencarut. Blog ini saya buat utk saya luahkan apa yang saya rasa dlm kehidupan saya. Lantaklah orang nak kata apa. Terima kasih pahala lebih.


Tak perlu kenal sangat dengan saya. Cuma perlu baca dan hayati saja penulisan saya. Cheers everyone! :D

Monday, June 6, 2011

Hidup.

Saat bayi kecil itu membuka matanya, sudah ditakdirkan apa yang bakal terjadi padanya. Ya, tidak kira apa-apa pun, sedangkan Rasulullah kekasih Allah itu juga mempunyai cabaran sepanjang perjalanan hidup baginda, apatah lagi kita. Kita yang hanyalah hamba Allah yang tidak punya apa-apa melainkan berkat hidup daripadaNya. Pasti dan sentiasa ada saja masalah yang menimpa.


Masalah hidup. Sinonim dengan dugaan, cabaran serta ujian hidup. Manusia bahagia, gembira, suka dan ceria. Tapi tidak lengkap kehidupan tanpa derita, merana, hampa dan kecewa. Kalau anda perasan, istilah untuk kesedihan lebih banyak berbanding yang lebih elok. Ya, masalah sentiasa datang. Tapi kenapa harus lari dari masalah? Kenapa harus menipu untuk menutup dan menyembunyikan masalah? Apakah sukar manusia masa kini untuk jujur? Hanya Allah dan mereka yang menghadapinya saja tahu.


Remaja. Tidak pernah ada dalam sejarah, malah mana-mana sumber pun mengatakan seorang remaja itu tidak pernah menghadapi masalah. Meskipun dia seorang yang cukup sempurna hidupnya. Kemewahan, kekayaan, pendidikan dan segalanya.. dia masih menghadapi masalah. Tetapi bagi dia seorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak pula mustahil untuk dia merasa gembira dan bahagia. Dia semestinya mempunyai banyak masalah, tetapi masih gembira, mensyukuri dengan apa adanya.


Allah Maha Adil. Ya, terbukti. Allah tidak pernah menimpakan sesuatu ujian itu kepada hambaNya sekiranya ujian itu tidak dapat dihadapi oleh hambanya. Allah mengetahui segalanya, usah ragu pada sifat sempurnaNya. Mengapa kita harus meragukan? Kita manusia, mencipta robot yang tidak pernah meragui penciptanya, tetapi mengapa kita meragui pencipta kita? Manusia.


Ketahuilah setiap apa yang Allah turunkan pada kita, sentiasa ada hikmahnya. Semua hikmah yang ada pun semuanya baik, malah lebih baik. Sewaktu ditimpa kesusahan, terasa dekat hati kita kepada Allah untuk meminta pertolongan. Itulah sebabnya. Allah bantu diri yang lemah ini, hati yang rapuh supaya lebih dekat kepadaNya. Patutnya ada rasa bangga terhadap diri sendiri, mengapa? Allah memilih kita, memilih kita untuk menhadapi ujian itu. Betapa istimewanya hadiah Tuhan kepada hambaNya. Kerana Dia amat menyayangi kita, Dia takdirkan kita untuk sentiasa mendekatiNya. Kita mungkin meminta sesuatu yang baik terhadapNya. Lalu, Dia memberi kita sesuatu yang kita rasakan susah, bukan seperti apa yang diimpikan. Kita pun menghadapinya dengan tabah, adakalanya mengeluh tanpa disedari. Sentiasa meminta pertolonganNya dan bila suatu hari kita mendapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita impikan hasil ketabahan kita menghadapi ujianNya. Betapa Allah amat menyayangi hambanya.



Kesyukuran dan sifat berterima kasih yang menjadi inspirasi untuk kita terus bersemangat menjalani kehidupan yang penuh rintangan ini. Rasanya, lengkaplah hidup dengan adanya penderitaan kemudian datangnya pula kebahagiaan sebagai ganjaran, bukan? Jika mahu mendapatkan sesuatu yang baik, hadapi segalanya dengan redha, tapi jangan lupa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Agung, manalah tahu, kita mendapat sesuatu yang lebih baik dari apa yang disangkakan :)

Sunday, May 1, 2011

Baru Saja Bermula

Sweet Coffee. Sememangnya satu ungkapan yang agak pelik tetapi comel. Ya, comel kerana ada perkataan ' Sweet ' di hadapannya. ' Coffee ' tidak comel ? Comel juga sekiranya disediakan dalam cawan yang comel. Sweet itu manis. Coffee pula kopi. Sekiranya digabung bersama terciptalah Manis Kopi atau pun Kopi yang Manis dan sebagainya yang berkaitan dengan perkataan itu.


Kopi itu pahit. Tetapi, kenapa pula ada manis ? Apa kaitan kopi dengan sesuatu yang manis ? Ya, kopi itu sememangnya pahit. Adakalanya semakin pahit semakin menjadi pilihan ramai. Kopi manis juga menjadi pilihan ramai, malah lebih ramai daripada pilihan kopi pahit. Tidak semua kopi itu pahit bukan? Diletakkan sedikit gula untuk disebatikan dalam kopi itu. Begitu juga kehidupan, tidak semua kehidupan itu harus pahit saja jalan ceritanya. Kadang-kala timbul kemanisan dalam kehidupan. Biarpun sedikit, ia tetap manis.


Bila kopi itu masih panas sudah tentu sedap diminum. Jangan dibiarkan sejuk, nanti tak sedap pula. Hidup juga seperti itu. Suhu kopi ibarat masa. Jangan biarkan masa itu berlalu tidak ter'sentuh' begitu saja. Kosong tanpa ada yang memaniskannya. Bila kosong, tidak ada makna kehidupan. Tanpa derita, tanpa bahagia. Apalah maknanya !



Perjalanan hidup umpama perjuangan. Terus hidup walau apa yang berlaku kerana di sebalik perjalanan itu ada yang melindungi & yang memerhati kita. Terus bangun walau terjatuh, kerana di sebalik kejatuhan itu ada pengajaran yang bernilai dijadikan pedoman hidup.


Baru saja bermula...